Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Awan Dania The Movie

Awan Dania The Movie

Awan Dania The Movie

Awan Dania The Movie

Filem Awan Dania The Movie ini adalah arahan pengaraj popular tanah air iaitu Rashid Sibir manakala skrip filem ini adalah hasil suntingan Sofia J. Rhyland dan juga Rashid Sibir. Filem ini membariskan barisan pelakon popular tanah aia seperti Scha, Elly Mazlein, Rusdi Ramli, Jehan Miskin, Ruminah Sidek, Hans Isaac dan juga Zaibo.

Sinopsis Awan Dania The Movie

Pencarian krew kabin terbaik bermula kembali untuk tahun ini. Semua pramugari dan pramugara mahu diiktiraf. Senarai 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran terbaik, termasuk Dania dan Tania. Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang.

Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania. Dania menggunakan rambut palsu afro selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya.

Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.

Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy. Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.

P/s : Filem Awan Dania The Movie ni mesti best dari Awan Dania 1 dan 2 kan?

Incoming search terms:

  • awan dania the movie full
  • awan dania the movie download
  • awan dania the movie free download
  • awan dania the movie full movie
  • pelakon awan dania the movie
  • awan dania full movie
  • download awan dania the movie
  • awan dania the movie
  • sinopsis awan dania the movie
  • free download awan dania the movie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge