Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Cara Tingkatkan Stamina Melalui Larian

Cara Tingkatkan Stamina

Cara Tingkatkan Stamina

Badan yang mempunyai stamina yang tinggi akan rasa lebih segar untuk jalani kehidupan seharian. Selain itu, stamina yang tinggi juga akan memberi anda tenaga untuk mencapai matlamat  dan lepasan segala dugaan hidup yang anda hadapi. Paling penting, stamina yang tinggi akan memudahkan anda untuk lakukan pelbagai senaman untuk kesihatan dan pembinaan otot.

Untuk tingkatkan stamina, anda perlu berusaha keras dan tidak boleh mengaku kalah. Berikut adalah tiga cara bagaimana hendak tingkatkan stamina melalui larian.

Cara pertama : Tetapkan matlamat yang realistik.

Jangan letakkan matlamat yang tidak realistik kerana ia akan buatkan badan anda malas bekerja untuk mencapai matlamat tersebut.  Letakkan matlamat yang anda boleh capai. Langkah demi langkah, anda lepasi setiap matlamat anda. Secara tidak langsung , stamina anda juga akan bertambah.

Cara kedua :  Lari secara bertempo.

Mulakan larian dengan larian jongging biasa. Kemudian, lajukan larian anda sedikit demi sedikit. Contohnya lima minit dengan kelajuan biasa, lima minit lebih laju dan lima minit lebih laju. Kemudian, kurangkan kelajuan kepada kelajuan biasa. Motif utama senaman ini adalah untuk mengerjakan otot – otot anda pada tahap maksimum. Asid laktik yang terkumpul di kaki dan otot – otot anda akan membantu anda untuk membina otot – otot yang berstamina tinggi.

Cara ketiga : Larian laju seminit.

Anda jogging dengan kelajuan biasa selama lima minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit. Kemudian, anda lari pada kelajuan biasa selama dua minit dan lari pada kelajuan penuh selama semnit.

Jogging untuk panaskan badan – Lima minit.

Lari laju – Selama seminit.

Lari biasa – Selama dua minit

Lari laju – Selama seminit.

Lari biasa – Dua minit.

Lakukan larian laju sebanyak 10 kali. Kemudian, anda cool down dengan jogging selama beberapa minit. Tarik nafas panjang – panjang dan sejukkan badan anda.

P/s : Stamina sangat penting.

Incoming search terms:

  • cara tingkatkan stamina
  • cara untuk lari laju
  • Tips lari laju
  • tips untuk lari laju
  • cara lari laju
  • cara untuk tingkatkan stamina
  • cara nak lari laju
  • tingkatkan stamina
  • teknik lari laju
  • cara cara lari laju

2 Comments

  1. Mazlan says:

    Kaedah fizikal yang bagus untuk bina stamina. Namun makanan dan minuman juga memainkan peranan membekalkan tenaga utk kita jalani aktiviti fizikal tersebut.

    Memperkenalkan minuman pemberi tenaga Tricajuice yang membantu meningkatkan stamina untuk aktiviti-aktiviti sukan dan juga aktiviti seharian anda.

  2. tq sbb sudi berkongsi teknik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge