Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Pelajar Boleh Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Telefon Bimbit

Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Kementerian Pelajaran nampaknya tengah merangka Draf Peraturan Pendidikan yang baru nampaknya. Mulai tahun 2013 nanti murid-murid dibenarkan bawa alat komunikasi seperti telefon ke sekolah. Agaknya apa yer motif sebenar bawa telefon bimbit ke sekolah ni? Banyak ke faedah dia? Keburukan dia tak diambil kira?

Walaupun Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata bahawa pihaknya akan menetapkan garis panduan bagi mengawal penggunaan penggunaan telefon bimbit tersebut namun kita boleh fikir dengan sendiri apabila dah ada telefon bimbit terbabit ramai murid-murid akan terbabas daripada landasan sebenar ke sekolah untuk belajar.

Cuba fikirkan, kalau sekarang rokok yang tidak dibenarkan dan diharamkan bawa ke sekolah pun murid-murih boleh langgar begitu sahaja inikan pula telefon bimbit. Bila tegah belajar contohnya, murid terbabit akan meminta keluar ke tandas kononnya padahal pergi bermain telefon bimbit terbabit, bergayut dan sebagainya.

Di perpustakaan pula, kebiasaannya pelajar pergi secara beramnai-ramai. Bila dah ada telefon ni macam-macam la yang boleh mereka buat bila berada di dalam satu kumpulan. Tak mungkin seorang guru boleh mengawal semua pelajar mereka dan tak mungkin pelajar itu akan sesuka hati nak biarkan telefon terbabit dirampas kerana mereka dah semakin bijak untuk melindungi diri sekarang.

P/S : Kalau nak diceritakan, banyak keburukan daripada kebaikan membawa telefon bimbit ini ke sekolah

Incoming search terms:

  • kebaikan membawa handphone ke sekolah
  • manfaat membawa handphone ke sekolah
  • kelebihan manfaat handpone
  • kelebihan membawa handphone ke sekolah
  • kelebihan membawa hp ke sekolah
  • penggunaan peranti komunikasi di sekolah
  • peranti komunikasi di sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge