Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Perbezaan Handphone Original vs AP Set

AP Set Handphone

Perbezaan Handphone Original vs AP Set

Perbezaan Handphone Original vs AP Set

Pengenalan Handphone AP Set & Original

Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekrang telah mengeluarkan AP set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set. Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.

Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah.

Perbezaaan Handphone Original vs AP Set

Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli.

Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapu beratus jugak la perbezaan harga kedua handphone ni. Tapi AP Set selalunya tak dapat Free Gift seperti original dapat contohnya Galaxy Y AP Set takkan dapat 4 Free Back Cover.

Kalau anda tanya pendapat saya, saya akan beli handphone AP set. Mengapa? Kerana kualitinya adalah sama 100% dan cuma beza pada warranty sahaja. Saya nak tanya, adakah anda akan pergi ke Samsung SME contohnya jika anda pandai jaga handphone anda dengan baik? Sayang rasanya kita membazir, kalau kita pandai jaga nescaya handphone tu akan kekal lama dan takkan mudah rosak. Harga AP Set murah la, jadi dah ada penjimatan kat situ. Kalau AP Set murah RM200 daripada original? Teruja kan? RM200 tu boleh buat macam-macam la. Kalau nak makan pula, boleh kenyang lebih seminggu.

Nak tahu lebih lanjut? Kat blog ni ada cerita lebih lanjut mengenai handphone AP SET

P/s : Hanphone AP Set ni kekal lama kalau pandai jaga.

Incoming search terms:

  • keburukan ap set
  • cara nak tahu samsung original
  • beza samsung ori dan ap
  • samsung ap set
  • keburukan handphone ap set
  • perbezaan ap set dan original samsung
  • perbezaan samsung original dan ap
  • perbezaan ap set dan original set samsung
  • kenalpasti samsung original
  • beza samsung ap dan original

6 Comments

  1. Sandha L Danielle says:

    memang lah kekal..tp ingat kemalangan tidak berbau.

  2. muhamad rasul says:

    eh kalau pakai jenis AP, ditakdirkan rosak, dia boleh dibaiki kat kedai lain x??(kalau waranty dah habis)

    1. Syafeek Selamat says:

      Saya setuju. Selama saya pakai hp, semuanya saya beli AP set. Pernah rosak, tapi saya hantar ke kedai tu semula. Hasilnya hp saya dibaiki semula tanpa dikenakan sebarang bayaran. Biasanya HP Ori warranty 12 bln je, tp kalau rosak lepas tamat warranty macam mana. Sama je jalan ceritanya.

  3. soal repair mmg takde prob,,,cuma ada charge la…Actually AP set and ORI set tu benda yg sama gak…cuma warranty yg beza…AP still ada warranty gak…sy rasa warranty polisi mn2 kedai sama je…tp lain orglain citarasa….fikirlah mana yg …slm..

  4. Boleh buat panduan nak hp nanti..
    HafizAmri.Com recently posted..Hati-hati Penipuan Di Internet – SCAM!My Profile

  5. fitri says:

    salam abg2,handphone jnis ap ni mmg konfirm mcm yg ori ke?? perbezaannya dsbbkan warranty shja?? ataopon ad pebzaan2 yg lain??..mohon pencerahan..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge