Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Perniagaan Dropship Tanpa Modal

Dropship

Perniagaan Dropship Tanpa Modal

Perniagaan Dropship Tanpa Modal

Apa itu dropship?

Anda tahu apa itu pernigaan jenis dropship ini? Inilah pernigaan yang sering dilakukan oleh suri rumah dan juga pelajar. ia menjadi sasaran golongan ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga. Dari sini la minat untuk meniaga akan dipupuk sedikit demi sedikit secara tidak langsung menjadi inspirasi bagi mereka untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti.

Kenapa Dropship tiada modal?

Ini kerana dalam perniagaan dropship ini, orang yang menguruskan penghantaran barang sahaja memerlukan modal dan orang yang membantunya mempromosikan barang-barang tersebut tidak memerlukan modal yang banyak. Di Malaysia sahaja terlalu banyak mereka menjadi agen dropship kerana kekurangan modal dan ia nampak lebih mudah, anda terima pesanan dari pelanggan dan anda bayar kepada pembekal seterusnya pembekal tersebut akan menghantar barang itu kepada pelanggan tadi. Seterusnya anda akan dibayar komisyen. Itulah yang dipanggil dropship tanpa modal.

Cara untuk anda mempromosikan perniagaan dropship anda terlalu banyak sebenanrnya di alam maya ini. Medium paling ramai penggunanya adalah facebook. Rata-rata pelajar mahupun orang yang dah bekerja hampir setiap hari membuka facebook dan disebabkan inilah ia menjadi satu medium yang kuat untuk memulakan perniagaan secara perlahan-lahan terutama dropship ini.

Perniagaan Dropship Tanpa Modal

Perniagaan Dropship Tanpa Modal

Kuasa Dropship

Anda mugkin tidak percaya bahawa seseorang pelajar sepenuh masa boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM3000 sebulan hanya dengan menjalankan perniagaan secara dropship. Tapi anda perlu ingat, bukannya mudah untuk menjalankan perniagaan tersebut tanpa azam yang kuat. Jangan buat target atau sasaran untuk keuntungan sehari. Biarkan ia dijanakan dengan sendiri. Jangan terlalu mengejar keuntungan yang tidak masuk di akal sampaikan anda melupakan perkara halal dan haram.

Kalau anda rajin ke Pejabat Pos Laju sudah pasti anda akan ternampak ramai orang membawa berkotak-kota barang dan ada juga yang membalut dengan beg plastik daripada pos laju sendiri lalu pergi ke situ untuk menghantar barang ke pelanggan. Ada yang menerima tempahan daripada agen dropship mereka lalu menghantar barang tersebut kepada pelanggan yang telah membayar.

Pastikan anda menjadi agen dropship yang berjaya, dan pastikan juga anda tidak mudah ditipu. Kalau boleh carilah supplier yang anda jamin 100% bukan penipu. Pastikan juga dia telah mendapat kepercayaan yang tinggi oleh para pembelinya sebelum anda mengambik supplier tersebut sebagai pembekal anda.

Dropship ini sesuatu yang sangat mudah tetapi ia juga boleh menjadi sesuatu yang sangat sukar. Jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan sampingan menerusi perniagaan secara dropship. Biar tiada modal asalkan apa yang kita buat itu berjaya dengan sepenuhnya. Tunjukkan kepada orang ramai bahawa anda juga mampu berjaya seperti mereka walaupun anda menjalankan perniagaan tanpa modal.

p/s : Dropsip memang boleh jana pendapatan yang lumayan kalau kena dengan caranya.

Incoming search terms:

  • perniagaan dropship di malaysia
  • senarai dropship malaysia
  • agen dropship 2013
  • dropship malaysia 2013
  • senarai dropship di malaysia
  • dropship malaysia 2012
  • tips dropship berjaya
  • senarai dropship dimalaysia
  • perniagaan dropship untuk pelajar
  • tip dropship berjaya

One Comment

  1. fazly says:

    macam mana nak jadi dropship

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge