Blog Shahrul Rotating Header Image
-----------------------------------

Sinopsis Filem Saya Amat Mencintaimu

Saya Amat Mencintaimu

Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Filem Sam atau Saya Amat Mencintaimu ini adalah filem terbitan Skop Production Sdn. Bhd. Filem arahan daripada Syafiq Yusof dan telah ditayangkan di semua pawagam pada hari raya pertama Aidilfitri iaitu 19 Ogos 2012 yang lepas. Filem ini diklasifikasikan di bawah PG-13 dan bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Filem Saya Amat Mencintaimu ini dibarisi pelakon handalan seperti Shaheizy Sam,Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jasmin.

Sinopsis Filem Saya Amat Mencintaimu :

Filem Saya Amat Mencintaimu ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.

Trailer Filem Saya Amat Mencintaimu :

DOWNLOAD :
KLIK SINI -

Incoming search terms:

  • saya amat mencintaimu full movie
  • sam sinopsis penuh
  • sinopsis penuh sam
  • saya amat mencintaimu download
  • saya amat mencintaimu full movie download
  • jalan cerita sam
  • download filem sam
  • lagu tema film saya amat mencintaimu
  • filem sam download
  • sinopsis sam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge